SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Hasil daripada penyasaran semula subsidi akan disalurkan kepada rakyat sebagai bantuan secara tunai mahupun tanpa tunai (cashless) yang dijangka akan memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Bagaimanakah semakana nama penerima bantuan tunai hasil? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP : CHECK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Pemberian Bantuan Tunai Hasil adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000;
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
- Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan :
- Bujang; atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Kategori Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
KADAR PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Kerajaan telah mengumumkan peruntukan bagi penerima Bantuan Tunai Hasil adalah mengikut kadar seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | 3.1 juta |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | 1.0 juta |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta |
Bujang Pendapatan bawah RM2,500 | 3.3 juta |
JUMLAH BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Berikut merupakan jumlah Bantuan Tunai Hasil yang disalurkan mengikut kategori yang ditetapkan :
- Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
- Tiada anak : RM1,000 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- 1-2 anak : RM1,500 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- 3-4 anak : RM2,000 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- 5 ke atas : RM2,500 dan tambahan RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- Kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada anak : RM500 dan tambahan RM300.
- 1-2 anak : RM750 dan tambahan RM300.
- 3-4 anak : RM1,000 dan tambahan RM300.
- 5 ke atas : RM1,250 dan tambahan RM300.
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM600 dan tambahan RM150 atau RM1,200 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
- Kategori Bujang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan :
- RM350 dan tambahan RM150 atau RM600 (sekiranya berdaftar dengan e-Kasih).
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL 2024
Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan Tunai Hasil di Portal Rasmi seperti berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN |
---|
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan Tunai Hasil di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM dan Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf (Page 43 & 44).