SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MADANI 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Pengerak utama prinsip MADANi adalah untuk menggangkat darjat rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan tunai kepada golongan yang berpendapatan rendah dan terkesan akan gelumang ekonomi yang semakin mencabar. Oleh itu, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan khas iaitu Bantuan Tunai Rahmah.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai madani? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN UNTUK B40 : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN TUNAI MADANI
Bantuan Tunai Madani ialah bantuan yang diberikan secara tunai oleh Kerajaan Madani iaitu Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun kepada golongan B40 dan M40. Bantuan tunai yang disalurkan ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI MADANI 2024
Jadual berikut merupakan senarai kategori penerima Bantuan Tunai Madani bagi tahun 2024 yang telah diperuntukan oleh Kerajaan :
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah :
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | 3.1 juta |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 1.0 juta |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta |
Bujang Pendapatan RM2,500 ke bawah | 3.3 juta |
- Penerima Sumbangan Asas Rahmah :
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
STR Miskin Tegar | 0.2 juta |
STR Miskin | 0.5 juta |
STR Asas Bukan Miskin | 8.0 juta |
KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI MADANI 2024
Setiap kategori bakal menerima kadar amaun yang berbeza mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan :
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
BANTUAN / BIL. ANAK | TIADA ANAK | 1 – 2 ANAK | 3 – 4 ANAK | 5 KE ATAS |
---|---|---|---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 | RM2,500 |
Sumbangan Asas Rahmah | RM1,200 / RM300 | RM1,200 / RM300 | RM1,200 / RM300 | RM1,200 / RM300 |
- Kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
BANTUAN / BIL. ANAK | TIADA ANAK | 1 – 2 ANAK | 3 – 4 ANAK | 5 KE ATAS |
---|---|---|---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah | RM500 | RM750 | RM1,000 | RM1,250 |
Sumbangan Asas Rahmah | RM300 | RM300 | RM300 | RM300 |
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
BANTUAN | KADAR AMAUN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah | RM600 |
Sumbangan Asas Rahmah | RM1,200 / RM150 |
- Kategori Bujang Pendapatan RM2,500 ke bawah :
BANTUAN | KADAR AMAUN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah | RM350 |
Sumbangan Asas Rahmah | RM600 / RM150 |
KAEDAH AGIHAN BANTUAN TUNAI MADANI 2024
Bantuan Tunai Madani akan diagihkan kepada penerima dengan kaedah yang berbeza mengikut bantuan seperti berikut :
- Kaedah Agihan Sumbangan Tunai Rahmah :
JENIS PENERIMA | KAEDAH AGIHAN |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun pemohon / pasangan yang telah didaftarkan. |
Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai kepada penerima di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). |
- Kaedah Agihan Sumbangan Asas Rahmah :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH AGIHAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan khas untuk pembelian barangan keperluan asas. |
Sabah dan Sarawak | Disalurkan kepada penerima sama seperti kaedah agihan Sumbangan Tunai Rahmah (Dua kali setahun). |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MADANI 2024
Untuk semakan, pemohon perlu membuat semakan pada portal rasmi bantuan seperti di bawah berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Penerima Bantuan Tunai Madani | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan rasmi semakan penerima di atas.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.