SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 3700 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 3700 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Sebahagian hasil daripada penyasaran semula subsidi dapat diberikan bantuan secara tunai melalui Bantuan Tunai Rahmah bernilai sehingga RM3,700 khusus kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan. Hampir 60% daripada penduduk dewasa di Malaysia layak menerima bantuan tunai ini.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai rahmah 3700? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN TUNAI RAHMAH 3700 2024

Bantuan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan yang disalurkan hasil lebihan daripada penyasaran semula subsidi. Ia akan disalurkan sepanjang tahun 2024 melalui dua bantuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah dengan nilai tertinggi sehingga RM3,700.

PEMBAHAGIAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 3700 2024

Berikut merupakan pembahagian Bantuan Tunai Rahmah yang bernilai RM3,700 :

JENIS PEMBAHAGIANJUMLAH BANTUAN
Bantuan Sumbangan Tunai RahmahRM2,500
Bantuan Sumbangan Asas RahmahRM1,200

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 3700 2024

Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah dah secara berperingkat mengikut fasa seperti jadual berikut :

PENERIMA MENGIKUT NEGERITARIKH BAYARAN
SUMBANGAN
ASAS RAHMAH
TARIKH BAYARAN
SUMBANGAN
TUNAI RAHMAH
SEMENANJUNG
MALAYSIA
Setiap bulan bermula
pada
22 Januari 2024
Sehingga
01 Disember 2024
Mengikut 4 fasa :
1 : Februari 2024
2 : April 2024
3 : Ogos 2024
4 : November 2024
SABAH / SARAWAKDua kali setahun pada
19 Februari 2024
dan
12 Ogos 2024
Mengikut 4 fasa :
1 : Februari 2024
2 : April 2024
3 : Ogos 2024
4 : November 2024

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 3700 2024

Bantuan Tunai Rahmah bernilai RM3,700 adalah khusus kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Status berkeluarga atau ibubapa tunggal;
  • Mempunyai tanggungan 5 orang dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori isi rumah; dan
  • Berdaftar dengan e-Kasih.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH 3700 2024

Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima Bantuan Tunai Rahmah yang bernilai RM3,700, ikuti semakan di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR dan MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment