SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RM3700 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Pemberian bantuan tunai ini adalah merupakan hasil daripada subsidi bersasar oleh Kerajaan yang dilaksanakan sepanjang tahun 2024 demi membantu golongan yang berpendapatan rendah serta mempunyai tanggungan dengan nilai bantuan sehingga RM3,700.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai rm3700? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 MEI : CHECK SEKARANG
APA ITU BANTUAN TUNAI RM3700 2024
Bantuan tunai RM3,700 adalah merupakan gabungan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan sepanjang tahun hasil daripada subsidi bersasar oleh Kerajaan. Bantuan yang disalurkan adalah untuk membantu golongan B40 yang berpendapatan rendah.
APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM3700 2024
Penyaluran bantuan tunai RM3,700 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Status berkahwin dan mempunyai 5 orang anak dan ke atas;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima miskin / miskin tegar; dan
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah.
BILAKAH TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RM3700 2024
Tarikh penyaluran bantuan tunai RM3,700 adalah seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN STR | TARIKH PENYALURAN SARA |
---|---|---|
Semenanjung Malaysia | Fasa : 1 : Februari 2024 2 : April 2024 3 : Ogos 2024 4 : November 2024 | Setiap bulan bermula Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos September, Oktober, November dan Disember 2024. |
Sabah dan Sarawak | Fasa : 1 : Februari 2024 2 : April 2024 3 : Ogos 2024 4 : November 2024 | Dua kali setahun pada Februari dan Ogos 2024 |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RM3700 2024
Semakan nama penerima yang layak menerima bantuan tunai RM3,700 perlu disemak melalui portal rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR dan MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.