SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Dalam menghadapi isu kenaikan taraf ekonomi masa kini, mungkin ramai diantara rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dari segi kewangan oleh kerana pendapatan yang rendah. Demi membantu rakyat, pelbagai bantuan tunai diperuntukan sepanjang tahun ini dan antaranya adalah bantuan tunai bernilai RM600.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai rm600 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JUN : SEMAK STATUS SEKARANG
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RM600 MYKAD 2024
Pembayaran bantuan tunai kepada rakyat adalah melalui kaedah seperti berikut :
- Terus melalui akaun bank penerima; atau
- Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional sekiranya :
- Tiada maklumat perbankan; atau
- Status gagal kredit.
*Nota : Pembayaran bukanlah melalui MyKad penerima.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RM600 2024
Pembayaran bantuan tunai bernilai RM600 adalah mengikut tarikh seperti berikut :
BILANGAN BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Bayaran Pertama | 19 Februari 2024 (Isnin) | RM300 |
Bayaran Akhir | 12 Ogos 2024 (Isnin) | RM300 |
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 MYKAD 2024
Bantuan tunai bernilai RM600 adalah terhad kepada yang menepati kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan menetap di Sabah / Sarawak / Labuan;
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Status Bujang / Ibubapa Tunggal (Tiada Anak);
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bulanan bawah RM2,500 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Bujang; dan
- Berdaftar sebagai rakyat Miskin dalam data e-Kasih.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 MYKAD 2024
Ikuti cara semakan penerima melalui laman rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada laman semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA dan STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.