SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Peringkat bayaran bantuan tunai STR kini adalah di fasa ketiga (3) bagi tahun ini kepada hampir 9 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdehana sebagai bantuan untuk menghadapi isu peningkatan kos sara hidup yang tiada kepastian.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU RM600 FASA 3 : CHECK SEKARANG

BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Oleh kerana permohonan dibuka sepanjang tahun, bilangan penerima juga dijangka akan meningkat mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.1 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
1.0 juta
Bujang (Umur 60 ke atas)1.3 juta
Bujang (21 hingga 59 tahun)3.3 juta

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Berikut merupakan anggaran jumlah bantuan tunai STR yang akan disalurkan kepada penerima bagi fasa ketiga (3) :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM300
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Umur 60 tahun dan ke atasRM150
Umur 21 hingga 59 tahunRM100
*Nota : Bagaimanapun, setiap penerima akan menerima amaun bantuan mengikut tarikh kelayakan permohonan.

TARIKH BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Pembayaran bantuan tunai STR bagi fasa ketiga (3) bagi tahun 2024 adalah dijangka pada :

PERKARATARIKH
Bayaran Bantuan Tunai STR
Fasa Tiga (3)
** Ogos 2024
*Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 3 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan tunai STR fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa tiga (3) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment