SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH FASA 1 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Bermula 2024, Kerajaan telah menambah baik program bantuan di bawah Yayasan MyKasih sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat dan berfasa.
Bagaimanakah semakan nama penerima bayaran bantuan mykasih fasa 1? Ikuti penjelasan lebih terperinci di sini.
BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN MYKASIH : MOHON SEKARANG
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH FASA 1 2024
Berikut merupakan tarikh bayaran bantuan MyKasih fasa 1 bagi tahun 2024 :
NEGERI PENERIMA | TARIKH BAYARAN FASA 1 |
---|---|
Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia | 22 Januari 2024 (Isnin) |
Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | 19 Februari 2024 (Isnin) |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH FASA 1 2024
Berikut merupakan jumlah bayaran bantuan MyKasih fasa 1 mengikut kategori dan alamat penerima :
NEGERI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN FASA 1 |
---|---|
Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM100 Bujang : RM50 |
Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Isi Rumah : RM600 Warga Emas : RM600 Bujang : RM300 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Berikut merupakan kaedah pembayaran bantuan MyKasih fasa 1 mengikut negeri penerima seperti di bawah :
NEGERI PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia | Dikreditkan ke dalam Mykad penerima setiap bulan (Januari hingga Disember 2024) |
Penerima beralamat di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dua (2) kali setahun (Februari dan Ogos 2024) |
SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH FASA 1 2024
Terdapat dua (2) portal rasmi yang boleh membuat semakan bayaran bantuan MyKasih seperti berikut :
- CARA SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYKASIH :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
- CARA SEMAKAN DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.