SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYSARA FASA 1 2024 : CHECK SEKARANG
Bantuan MySARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat dan berfasa.
Bagaimanakah semakan nama penerima bayaran bantuan mysara fasa 1? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH FASA 1 : CHECK STATUS SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN MYSARA
MySARA ialah Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan khas yang disalurkan ke dalam Kad pengenalan (MyKad) penerima di Semenanjung Malaysia untuk pembelian barangan keperluan asas (mengikut 13 kategori yang diluluskan) di kedai atau pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
SENARAI PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYSARA FASA 1
Berikut merupakan senarai / jumlah penerima yang menerima bayaran bantuan MySARA bagi fasa 1 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENERIMA |
---|---|
Kategori Miskin Tegar : i. Isi Rumah berpasangan / ibubapa tunggal yang mempunyai anak. ii. Warga emas tiada pasangan. iii. Bujang | 0.2 juta |
Kategori Miskin : i. Isi Rumah berpasangan / ibubapa tunggal yang mempunyai anak. ii. Warga emas tiada pasangan. iii. Bujang | 0.5 juta |
KADAR BAYARAN BANTUAN MYSARA FASA 1 2024
Pembayaran Bantuan MySARA fasa 1 adalah mengikut kadar setiap kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah berpasangan / ibubapa tunggal : RM100.
- Kategori Warga Emas tiada pasangan : RM100.
- Kategori Bujang berpendapatan rendah / bujang OKU : RM50.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSARA FASA 1 2024
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYSARA FASA 1 2024
Bayaran Bantuan MySARA bagi fasa 1 boleh disemak melalui dua (2) Portal Rasmi seperti berikut :
- CARA SEMAKAN DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
- CARA SEMAKAN DI PORTAL RASMI MYKASIH :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1800
- Email : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.