SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA RM300 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA RM300 2024 : CHECK SEKARANG

Oleh kerana lebihan penjimatan daripada penyasaran semula subsidi, Kerajaan menyalurkan sebagai bantuan bersasar kepada 60% rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah. Ia bertujuan untuk membantu meringankan bebanan hidup rakyat yang terkesan akan peningkatan kos sara hidup.

Bagaimanakah semakan nama penerima bayaran bantuan sara rm300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSTR RM1200 : CHECK SEKARANG

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM300 2024

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM300 seperti di bawah :

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM300
Bermula 19 Februari 2024 (Isnin)

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA RM300 2024

Berikut merupakan kaedah bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM300 kepada penerima seperti di bawah :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima yang
mempunyai akaun bank
Akan dikreditkan terus ke dalam
akaun bank pemohon / pasangan
yang telah didaftarkan
Penerima yang
tiada akaun bank
Diberikan secara tunai di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)

KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA RM300 2024

Bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM300 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang;
  • Penerima dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA RM300 2024

Terdapat dua (2) Portal Rasmi yang boleh digunakan untuk membuat semakan bayaran Bantuan SARA yang bernilai RM300 seperti berikut :

PAUTAN PORTAL SEMAKAN 1
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari laman sesawang Semakan di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
PAUTAN PORTAL SEMAKAN 2
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan laman sesawang semakan di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA RM300 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment