SEMAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2024 : CHECK SEKARANG
Inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan iaitu bantuan yang dikreditkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) adalah bertujuan untuk memudahkan penerima yang layak menerima bantuan. Hal ini sekaligus dapat mempercepatkan proses pemberian dan penerimaan bantuan daripada Kerajaan.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan dalam ic? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 1 : CHECK STATUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN DALAM IC
Bantuan yang disalurkan tanpa tunai (cashless) ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima yang layak. Bantuan dalam IC ini adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Malaysia dan pembayaran hanya menggunakan Kad IC sahaja.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2024
Pemberian bantuan dalam IC adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
KADAR BANTUAN DALAM IC 2024
Kerajaan telah memperuntukan melebih RM700 juta bagi tahun 2024. Berikut merupakan kadar bantuan mengikut kategori yang ditetapkan :
- Kategori Miskin Tegar :
- Isi Rumah berpasangan / Ibubapa Tunggal yang mempunyai anak akan menerima sebanyak RM1,200 setahun.
- Warga Emas Tiada Pasangan juga akan menerima sebanyak RM1,200 setahun.
- Bujang yang berpendapatan rendah / OKU akan menerima sebanyak RM600 setahun.
- Kategori Miskin eKasih :
- Isi Rumah berpasangan / Ibubapa Tunggal yang mempunyai anak akan menerima sebanyak RM1,200 setahun.
- Warga Emas Tiada Pasangan juga akan menerima sebanyak RM1,200 setahun.
- Bujang yang berpendapatan rendah / OKU akan menerima sebanyak RM600 setahun.
- Kategori Asas BUKAN Miskin / Miskin Tegar :
- Isi Rumah berpasangan / Ibubapa Tunggal yang mempunyai anak akan menerima sebanyak RM300 setahun.
- Warga Emas Tiada Pasangan akan menerima sebanyak RM150 setahun.
- Bujang akan menerima sebanyak RM150setahun.
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2024
Ikuti cara semakan penerima Bantuan dalam IC seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor IC anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : [email protected]
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Macam mana nak mohon .saya ibu tunggal nak mohon mykasih belanja makanan bulanan sahaja bukan duit tunai tma ksh
Bagaimanakah cara nk mohon my kasih
assalamualaikum..nak tanya lah..mcm mne cara nak mohon mykasih..