SEMAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024 : CHECK SEKARANG

Aplikasi e-Wallet sememangnya menjadi pilihan kebanyakan pengguna untuk pelbagai transaksi. Oleh itu, Kerajaan mengambil pendekatan untuk menyalurkan bantuan tunai menerusi aplikasi e-Wallet bagi memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan ewallet b40 rm300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN ETUNAI RM300 : MOHON DAN SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

KADAR BANTUAN EWALLET B40 2024

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan sebanyak RM108 juta setahun khas untuk 30,000 penerima daripada golongan B40 yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan setiap tahun. Bantuan ini dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet penerima adalah sebanyak RM300 setiap bulan selama 12 bulan.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Bagi penerima yang layak, boleh menggunakan bantuan dalam aplikasi e-wallet mengikut cara-cara seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih; rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan (seperti senarai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-barangan).
  3. Imbas ID penerima di aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran.
  6. Tekan butang PAY dan pilih akaun BINGKAS untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran.
  9. Resit pembelian akan diberikan bersama baki bantuan.

KELEBIHAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Berikut merupakan kelebihan yang diterima oleh penerima bantuan e-Wallet :

  • Bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet boleh diguna untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai serta pasaraya berdaftar.
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu mengeluarkan tunai.
  • RM300 had bulanan pembelian barangan keperluan asas.
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu akan dibawa ke bulan hadapan.
  • Bantuan ini akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 2024

Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima bantuan e-Wallet sebanyak RM300 di pautan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi BINGKAS; atau klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment