SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MADANI DALAM MYKAD RM900 2024 : CHECK SEKARANG
Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan Dalam MyKad sejak bulan Jun tahun lalu dan masih diteruskan pada tahun ini dengan pertambahan peruntukan untuk pelaksanaan Bantuan Dalam MyKad sebanyak lebih 700 juta ringgit.
Bagaimanakah semakan penerima bantuan madani dalam mykad rm900? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN EKASIH RM150 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG
JADUAL PELAKSANAAN BANTUAN MADANI DALAM MYKAD 2024
Pelaksanaan Bantuan Madani Dalam MyKad bagi tahun 2024 adalah berdasarkan jadual seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN PERTAMA | TARIKH PELAKSANAAN KEDUA |
---|---|---|
ISI RUMAH | 19/02/2024 | 12/08/2024 |
BUJANG | 19/02/2024 | 12/08/2024 |
AMAUN BANTUAN MADANI DALAM MYKAD 2024
Amaun Bantuan Madani Dalam MyKad akan diberikan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | AMAUN BANTUAN (PELAKSANAAN PERTAMA) | AMAUN BANTUAN (PELAKSANAAN KEDUA) |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM600 | RM600 |
BUJANG | RM300 | RM300 |
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN MADANI DALAM MYKAD RM900 2024
Terdapat dua (2) kaedah pelaksanaan Bantuan Madani, iaitu :
BIL. | KAEDAH PELAKSANAAN | NEGERI PENERIMA |
---|---|---|
1. | Secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima | Semenanjung Malaysia |
2. | Secara tunai ke dalam akaun Bank penerima | Sabah dan Sarawak |
KELEBIHAN BANTUAN MADANI DALAM MYKAD 2024
Antara kelebihan Bantuan Madani Dalam MyKad untuk penerima adalah :
BIL. | KELEBIHAN BANTUAN MADANI DALAM MYKAD |
---|---|
1. | Penerima boleh membeli barang keperluan ada secara tanpa tunai dengan MyKad. |
2. | Dapat digunakan di 600 kedai terpilih seluruh Malaysia. |
3. | Penggunaan adalah selamat kerana 6-digit nombor PIN yang hanya diketahui oleh penerima. |
4. | Had bantuan adalah sebanyak RM1,200 setahun |
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MADANI DALAM MYKAD RM900 2024
Ikuti cara semakan penerima Bantuan Madani Dalam MyKad seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Pada bahagian semakan, masukkan nombor MyKad tanpa tanda sengkang (-) contoh : 8702305678.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySara. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.