SEMAKAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

Secara rasminya Kerajaan telah mengumumkan tarikh pengkreditan bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) fasa kedua yang bermula pada 3 April 2024 dan akan berlanjutan secara berperingkat sehingga 9 April 2024 untuk membantu rakyat membuat persiapan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan str fasa 2? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 : CHECK STATUS SEKARANG

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2024

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, bantuan STR akan disalurkan kepada penerima sebelum perayaan Aidilfitri iaitu bermula pada 3 April 2024 sehingga 9 April 2024 secara berperingkat mengikut akaun bank penerima.

BERAPAKAH JUMLAH PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2024

Pertambahan penerima bantuan STR fasa kedua adalah diambil daripada penerima lama dan pemohon baru. Berikut merupakan jumlah penerima setiap kategori :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
PENERIMA
KADAR
IMPLIKASI
(RM billion)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.0 juta0.9 billion
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0.9 juta0.1 billion
Warga Emas Tiada Pasangan1.2 juta0.2 billion
Bujang Pendapatan
bawah RM2,500 sebulan
3.3 juta0.3 billion

BERAPAKAH KADAR BANTUAN STR FASA 2 2024

Bantuan STR fasa kedua akan disalurkan kepada penerima mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :

  1. Isi Rumah (B40) Pendapatan RM2,500 ke bawah :
    • Tiada anak : RM150
    • 1 – 2 anak : RM300
    • 3 – 4 anak : RM500
    • 5 anak ke atas : RM650
  2. Isi Rumah (M40) Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • Tiada anak : RM100
    • 1 – 2 anak : RM200
    • 3 – 4 anak : RM250
    • 5 anak ke atas : RM300
  3. Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150
  4. Bujang Pendapatan bawah RM2,500 :
    • RM100

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2024

Walaubagaimanapun, pemohon boleh membuat semakan bantuan STR fasa kedua pada pautan rasmi berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi bantuan STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/default.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran fasa 2 pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%202%2001042024%20(Final).pdf.

Leave a Comment