SEMAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Penerimaan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan iaitu Sumbangan Asas Rahmah mendapat sambutan yang baik oleh penerima sebelum ini. Justeru, Kerajaan telah memperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima supaya dapat merasai sumbangan ini.

Bagaimanakah semakan penerima sumbangan asas rahmah 1200? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 100 APRIL : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024

Sumbangan Asas Rahmah adalah salah satu bantuan subsidi bersasar yang disalurkan secara tunai dan tanpa tunai mengikut negeri penerima. Bantuan ini adalah disalurkan kepada rakyat dalam golongan miskin dan miskin tegar. Jumlah bantuan juga bertambah sehingga RM1,200 berbanding sebelum ini hanya disalurkan sebanyak RM600 sahaja.

BILAKAH TARIKH PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024

Tarikh penyaluran Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

NEGERI PENERIMATARIKH
PENYALURAN
Pahang, Terengganu, Kelantan,
Perak, Kedah, P.Pinang, Perlis,
Selangor, W.P Kuala Lumpur,
Melaka, Negeri Sembilan dan
Johor
Disalurkan setiap bulan
bermula 22 Januari 2024
pada bulan seterusnya
pada 1 hari bulan
sehingga 1 Disember 2024
Sabah dan SarawakDisalurkan dua kali setahun
pada 19 Februari 2024 dan
12 Ogos 2024

BAGAIMANAKAH KAEDAH PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024

Kaedah penyaluran Sumbangan Asas Rahmah juga berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Pahang, Terengganu, Kelantan,
Perak, Kedah, P.Pinang, Perlis,
Selangor, W.P Kuala Lumpur,
Melaka, Negeri Sembilan dan
Johor
Dikreditkan sebanyak RM100
setiap bulan ke dalam
Mykad penerima.
Sabah dan SarawakDikreditkan sebanyak RM600
dua kali setahun ke dalam
akaun bank / secara tunai

SEMAKAN PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 1200 2024

Pemohon boleh membuat semakan kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah bernilai RM1,200 pada pautan seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah; atau klik pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN ASAS RAHMAH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment