SEMAKAN PLKN 3.0 ONLINE : CHECK STATUS SEKARANG
Apabila Perdana Menteri ke-10 mengumumkan bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal dilaksanakan semula dengan konsep dan format baharu siri 3.0 pada tahun 2025, pastinya ramai antara rakyat Malaysia yang akan terpilih untuk menyertai program ini.
Bagaimanakah semakan plkn online? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK PENERIMA BANTUAN MYKAD MADANI TERBARU RM1200 : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN PLKN 3.0
Program Latihan Khidmat Negara adalah sebuah program latihan asas tentera dan pelbagai latihan asas akan diberikan seperti displin tentera, kepimpinan, kecergasan fizikal, seni beli diri dan kemahiran bertahan hidup serta nilai-nilai murni seperti kesetiaan, tanggungjawab dan semangat kerjasama juga diterapkan.
SEMAKAN PLKN 3.0 ONLINE
Terdapat lima (5) kaedah untuk menyemak nama yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu melalui :
- Pesanan Ringkas (SMS) :
- Taip ‘PLKN SEMAK’ (ruang) Nombor Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888.
- Contoh : PLKN SEMAK 960230115678
- E-mel :
- Hantar e-mel ke PLKN.
- Pusat Panggilan JLKN :
- Hubungi talian : 03-40274773 / 03-40274774 / 03-40274776 / 03-40274777 / 03-40274779 / 03-40274646 / 03-40274664.
- Notis Panggilan :
- Peserta yang terpilih akan menerima Notis Panggilan PLKN.
- Laman Web Rasmi :
- Semakan boleh dibuat di laman web rasmi PLKN (Laman Web Rasmi masih belum dibuka untuk semakan dan akan dikemaskini apabila laman tersebut telah dibuka).
MANFAAT PROGRAM PLKN 3.0
Antara manfaat terbesar dari program PLKN adalah untuk mengasah keupayaan fikiran, fizikal dan emosi peserta. Setiap individu akan dibentuk menjadi lebih matang, bertanggungjawab dan mampu berdikari selain dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis masyarakat di Malaysia.
TARIKH PELAKSANAAN PLKN 3.0
Dengan penambahbaikan modul latihan yang lebih berkesan, Program Latihan Khidmat Negara telah diluluskan pada tahun 2023 dan akan dilaksanakan semula sebagai PLKN 3.0 bermula pada bulan Januari 2025 dan seterusnya pada bulan Jun 2025.
TARIKH PELAKSANAAN |
---|
Januari 2025 (Fasa Pertama) |
Jun 2025 (Fasa Kedua) |
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari :