SEMAKAN SARA ONE OFF RM100 2025 KINI DIBUKA – SEMAK SEKARANG!

SEMAKAN SARA ONE OFF RM100 2025 KINI DIBUKA – SEMAK SEKARANG!

Dalam usaha berterusan untuk meringankan beban rakyat Malaysia, terutamanya dalam menghadapi cabaran peningkatan kos hidup, kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif tambahan yang signifikan. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off, berjumlah RM100, akan disalurkan kepada penerima yang layak pada 31 Ogos 2025. Program ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan ekonomi rakyat.

SARA UNTUK SEMUA 2025

Baca Juga : Bantuan Ibu Bersalin 2025

APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF?

Bantuan SARA one off adalah salah satu usaha kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2025. Ia merupakan bantuan wang tunai dalam bentuk kredit elektronik sebanyak RM100 yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.

Perlu diingatkan bahawa bantuan ini bersifat one-off, yang bermaksud ia hanya diberikan sekali sahaja untuk tahun 2025. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menggunakannya!

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF INI?

Berbeza dengan bantuan tunai lain yang biasanya diberikan kepada golongan B40 atau M40 sahaja, Bantuan SARA one off ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang telah dewasa.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas pada atau sebelum 31 Ogos 2025 (bermakna, anda mestilah lahir pada atau sebelum 31 Ogos 2007).
  • Mempunyai MyKad yang sah dan masih aktif.
  • Tidak perlu membuat permohonan anda akan menerima bantuan secara automatik.

Ini bermakna, dianggarkan lebih daripada 20 juta rakyat Malaysia dewasa layak untuk menerima bantuan ini. Jumlah yang besar, bukan?

PANDUAN SEMAKAN SARA ONE OFF 2025

Untuk memudahkan penerima mengetahui status kelayakan mereka, semakan boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rasmi MyKasih. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan :

  • Layari Portal Rasmi MyKasih di : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  • Proses selesai.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan, pembayaran akan dikreditkan pada 31 Ogos 2025. Tarikh ini dipilih bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-68, sebagai simbol keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Para penerima tidak perlu melalui proses permohonan tambahan kerana pembayaran akan dibuat secara automatik kepada mereka yang layak.

CARA PENEBUSAN SARA ONE OFF RM100

Setelah bantuan dikreditkan, penerima boleh terus menggunakan kredit tersebut di kedai runcit yang berdaftar di bawah MyKasih. Berikut adalah langkah-langkah penebusan yang mudah :

  • Bawa MyKad anda ke kedai runcit atau pasar raya yang berdaftar dengan MyKasih.
  • Pilih barangan keperluan asas yang dibenarkan di bawah program ini.
  • Di kaunter pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk diimbas.
  • Jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada baki RM100 yang tersedia.

Proses ini direka untuk menjadi mudah dan cepat, tanpa memerlukan penggunaan wang tunai.

SENARAI KEDAI YANG TERLIBAT DALAM BANTUAN SARA ONE OFF INI

Kerajaan telah bekerjasama dengan lebih daripada 4,100 kedai runcit dan pasar raya di seluruh negara. Ini termasuklah beberapa rangkaian kedai besar seperti :

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • Giant
  • 99 Speedmart
  • Kedai runcit koperasi & kedai komuniti yang berdaftar di bawah program MyKasih

Untuk memastikan sama ada kedai yang anda kunjungi itu terlibat atau tidak, anda boleh menyemak senarai penuh kedai yang berdaftar melalui portal rasmi MyKasih.

BARANGAN YANG BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN SARA ONE OFF 2025

Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ini termasuk lebih daripada 14 kategori barangan seperti :

  1. Beras
  2. Telur
  3. Mi Segera
  4. Makanan dalam Tin
  5. Minuman
  6. Bahan Perasa
  7. Biskut
  8. Minyak Masak
  9. Roti
  10. Produk Kebersihan Diri
  11. Tepung
  12. Barangan Kebersihan Rumah
  13. Ubat-ubatan
  14. Keperluan sekolah
SENARAI BARANGAN SARA

Rokok, minuman beralkohol, barangan elektrik, dan barangan mewah tidak dibenarkan dibeli menggunakan bantuan ini. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban dalam membeli barangan keperluan asas, jadi gunalah dengan bijak.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA ONE-OFF 2025

Adakah semua rakyat Malaysia akan menerima RM100 ini?

Ya, semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas layak menerimanya.

Perlukah saya mendaftar atau memohon untuk mendapatkan bantuan ini?

Tidak perlu. Pemberian bantuan adalah automatik berdasarkan rekod MyKad anda.

Bagaimana jika MyKad saya rosak atau hilang? Bagaimana saya nak tebus bantuan ini?

Anda perlu menggantikan MyKad anda di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secepat mungkin. Kredit bantuan akan dipindahkan secara automatik ke MyKad baharu anda.

Apa akan jadi jika baki bantuan saya tidak digunakan selepas 31 Disember 2025?

Baki yang tidak digunakan akan luput dan tidak boleh dituntut semula.

Bolehkah saya menggunakan RM100 ini untuk membeli-belah secara online?

Tidak boleh. Bantuan ini hanya boleh digunakan di kedai fizikal yang berdaftar dengan program ini sahaja.

SARA UNTUK SEMUA 2025

Bantuan SARA untuk semua 2025 adalah salah satu usaha besar kerajaan untuk memastikan semua rakyat Malaysia dewasa dapat menikmati sedikit kelegaan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Dengan RM100 yang dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad anda bermula 31 Ogos 2025, manfaatkan peluang ini sebaiknya dengan membuat penebusan sebelum 31 Disember 2025.

Sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda supaya semua orang dapat menikmati manfaat penuh daripada Bantuan SARA RM100 Untuk Semua!

RUJUKAN DAN MAKLUMAT LANJUT

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi LHDN

Leave a Comment