SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Dalam menghadapi cabaran ekonomi kini, Kerajaan bersedia untuk membantu rakyat dengan memberikan pelbagai bentuk bantuan secara tunai mahupun secara tanpa tunai. Dengan adanya bantuan-bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan dapat meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 (pendapatan rendah Malaysia).

Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan b40? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN B40 : CHECK STATUS SEKARANG

SENARAI BANTUAN B40 2024

Beriku merupakan senarai bantuan-bantuan yang bakal disalurkan kepada golongan B40 sepanjang tahun 2024 :

  1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Skim Perubatan Madani (SPM).
  4. Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma).
  5. Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
  6. Program Rebat Elektrik.
  7. Program Jualan Rahmah.
  8. Bantuan Helmet Percuma.

NILAI AMAUN BANTUAN B40 2024

Setiap bantuan yang disalurkan adalah berbeza mengikut nilai amaun yang ditetapkan kepada kategori penerima seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMANILAI AMAUN
BANTUAN
Isi Rumah berkeluarga
pendapatan RM2,500
ke bawah
RM1,000 (0 anak).
RM1,500 (1-2 anak).
RM2,000 (3-4 anak).
RM2,500 (5 ke atas).
Isi Rumah berkeluarga
pendapatan RM2,501
hingga RM5,000
RM500 (0 anak).
RM750 (1-2 anak).
RM1,000 (3-4 anak).
RM1,250 (5 ke atas).
Warga Emas tiada pasanganRM600
Bujang pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM350
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORI PENERIMANILAI AMAUN
BANTUAN
STR berstatus Miskin Tegar
bawah e-Kasih dan JKM
Isi rumah : RM1,200.
Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
STR berstatus Miskin
bawah data e-Kasih
Isi rumah : RM1,200.
Warga Emas : RM1,200.
Bujang : RM600.
STR Asas Bukan Miskin /
Miskin Tegar
Isi rumah : RM300.
Warga Emas : RM150.
Bujang : RM150.
  • Skim Perubatan Madani (SPM) :
KATEGORI PENERIMANILAI AMAUN
BANTUAN
Isi Rumah berkeluargaRM250
Warga Emas tiada pasanganRM125
BujangRM75
  • Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma) :
NILAI AMAUN BANTUAN
Bayaran ujian memandu lesen motosikal kelas B2
ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :
NILAI AMAUN BANTUAN
RM150 kepada setiap seorang murid yang berumur
7 tahun hingga 17 tahun.
  • Program Rebat Elektrik :
NILAI AMAUN BANTUAN
Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan kepada
isi rumah miskin tegar.
  • Program Jualan Rahmah :
NILAI AMAUN BANTUAN
penawaran barangan keperluan asas pada harga
sehingga 30% lebih rendah
  • Bantuan Helmet Percuma :
NILAI AMAUN BANTUAN
Pemberian 100,000 helmet kepada keluarga kurang mampu
termasuk agihan percuma untuk kanak-kanak.

SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN B40 2024

Setiap bantuan yang ditawarkan mempunyai laman semakan yang berbeza seperti berikut :

  • Semakan status penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • Semakan status penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.
  • Semakan nama penerima bantuan Skim Perubatan Madani (SPM) :
  1. Sila layari Portal Rasmi Skim Perubatan MADANI di sini : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  3. Tick pada [I’m not a robot].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Ucapan Belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

MOF : https://www.mof.gov.my/portal/ms/hubungi.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf.

Leave a Comment