SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN B40 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Berikutan harga barangan terutamanya makanan semakin naik, menyebabkan sebilangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah (B40) terkesan. Justeru, Kerajaan melancarkan Bantuan Bakul Makanan yang khas untuk golongan B40 sepanjang tahun 2024 ini.

Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan bakul makanan b40? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN AWAL RAMADHAN : SEMAK SEKARANG SYARAT KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON

SENARAI PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN B40 2024

Kerajaan telah memperuntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas dengan memperluaskan pemberian kepada lebih ramai penerima mengikut kategori dan status seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASTATUSJUMLAH
PENERIMA
– Isi Rumah
– Warga Emas
– Bujang
Miskin Tegar0.2 juta
– Isi Rumah
– Warga Emas
– Bujang
Miskin0.5 juta

KADAR BANTUAN BAKUL MAKANAN B40 2024

Kadar bantuan adalah berbeza mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi RumahRM1,200
Warga EmasRM1,200
BujangRM600

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN BAKUL MAKANAN B40 2024

Bantuan Bakul Makanan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan sepanjang 12 bulan bermula Januari 2024 sehingga Disember 2024 sebanyak RM100 untuk kategori isi rumah dan warga emas manakala untuk kategori bujang akan menerima RM50 setiap bulan.

SENARAI BANTUAN BAKUL MAKANAN B40

Berikut merupakan senarai barangan dapur yang diluluskan untuk penerima bantuan :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

*Nota : Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN B40 2024

Ikuti cara semakan penerima yang lulus Bantuan Bakul Makanan bagi tahun 2024 seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan rasmi pada pautan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel : [email protected]
Laman Bantuan MyKasih : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment