SEMAKAN SENARAI NAMA PLKN 2025 – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN SENARAI NAMA PLKN 2025 – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan semula dengan pendekatan yang baharu, bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berdisiplin, patriotik, dan memiliki kemahiran insaniah dalam menghadapi cabaran masa depan.

Untuk menyemak nama peserta PLKN 2025, sila ikuti maklumat lanjut di sini.

Baca Juga : Semakan Ewallet Madani 2025

SYARAT KELAYAKAN PLKN 2025

Kelayakan bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Calon berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan dalam proklamasi)
  • Kelahiran tahun 2007
  • Sihat dari segi fizikal dan mental
  • Belum pernah menyertai PLKN sebelum ini.

MODUL LATIHAN PLKN TERKINI 2025

Latihan PLKN 3.0 merangkumi tiga (3) modul terbaru, iaitu :

  • Modul Fizikal : Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan, pembinaan kumpulan/pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai, dan pengenalan kepada senjata api.
  • Elemen Kenegaraan/Pembentukan Watak : Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional, dan sebagainya.
  • Elemen Khidmat Masyarakat : Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah, dan lain-lain.

CARA SEMAKAN SENARAI NAMA PESERTA PLKN 2025

Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama, iaitu :

  1. Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara : https://jlkn.mod.gov.my/
  2. E-mel : Calon akan menerima emel permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
  3. Surat Panggilan Rasmi : Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan.

SEMAK KELAYAKAN DAN NAMA PESERTA PLKN 2025 SECARA ONLINE

Tawaran Pelatih PLKN 3.0 boleh disemak secara dalam talian dengan langkah-langkah berikut :

  • Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  • Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan.
  • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan].
  • Tandakan pada kotak [/] Captcha ā€œI’m not a robotā€.
  • Klik [Semak].
  • Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  • Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipaparkan : [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].

Untuk meneruskan pendaftaran setelah pelatih selesai membuat semakan tawaran, pelatih boleh merujuk panduan pendaftaran di sini : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf

SEMAK TARIKH DAN LOKASI PLKN TERKINI 2025

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) seperti berikut :

SIRITARIKH & TEMPOH PENYERTAAN LOKASI
Siri Pertama (1)12 Januari – 25 Februari 2025Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
Siri Kedua (2)11 Mei – 24 Jun 2025Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL

Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
Siri Ketiga (3)7 September – 21 Oktober 2025Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL

Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi makluma

Leave a Comment