SEMAKAN SKAS SARAWAK 2025 (RAYUAN DAN PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK)

SEMAKAN SKAS SARAWAK 2025 (RAYUAN DAN PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK)

APA ITU SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK SKAS

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Bantuan ini disalurkan melalui baucar digital yang boleh diakses menerusi aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet) untuk pembelian barangan makanan asas.

SKAS bertujuan membantu tiga kategori utama iaitu isi rumah, warga emas, dan individu bujang yang memenuhi kriteria kelayakan berdasarkan data terkini daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini juga menggunakan teknologi digital melalui aplikasi S Pay Global untuk memastikan bantuan sampai dengan cepat, telus, dan mudah kepada penerima.

Baca Juga : CARA KELUARKAN DUIT ASB 2025

KADAR BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

SEMAKAN SKAS SARAWAK 2025 (RAYUAN DAN PERMOHONAN BANTUAN SKAS SARAWAK)

Jumlah Bantuan Mengikut Kategori :

  • Isi Rumah : Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM800 setahun.
  • Warga Emas : Individu berumur 60 tahun ke atas, tanpa pasangan atau anak, dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah akan menerima RM400 setahun.
  • Bujang : Individu bujang berumur 21 hingga 59 tahun (atau OKU berumur 19 tahun ke atas) dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM250 setahun.

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS SARAWAK (SKAS)

  • Warganegara Malaysia pemegang Kad Pengenalan K (Anak Sarawak) yang beralamat dan menetap di Sarawak.
  • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN SKAS SARAWAK

CARA PERMOHONAN SKAS SARAWAK

  • Untuk Bantuan skas anda tidak perlu memohon kerana penerima STR Fasa 4 2024 yang memenuhi kriteria kelayakan akan disenaraikan secara automatik sebagai penerima SKAS.

TARIKH RAYUAN DAN PERMOHONAN BARU SKAS 2025

  • Permohonan/Rayuan Dibuka 1 Februari 2025 hingga 1 Jun 2025.
  • Keputusan Rayuan: Boleh disemak bermula 1 Jun 2025.

Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses semakan
Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan SKAS melalui talian atau e-mel yang tersedia di portal rasmi.

INFO

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment