SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Pengkreditan bantuan yang bernilai RM100 setiap bulan ke dalam MyKad penerima telah mula dilancarkan pada Jun 2023 dan akan diteruskan bagi tahun 2024 ini dengan pertambahan jumlah penerima yang dijangka meningkat sehingga lima kali ganda berbanding tahun lepas.

Bagaimanakah semakan status bantuan dalam mykad 100 setiap bulan? Ikuti panduan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : REGISTER BANTUAN 300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS : MOHON SEKARANG

CARA PENGGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan cara menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad sebanyak RM100 setiap bulan :

  1. Sila kunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan baki.

*Nota : Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan tarikh pengkreditan bantuan RM100 setiap bulan ke dalam Mykad :

TARIKH KREDIT
22/Januari/2024
01/Februari/2024
01/Mac/2024
01/April/2024
01/Mei/2024
01/Jun/2024
01/Julai/2024
01/Ogos/2024
01/September/2024
01/Oktober/2024
01/November/2024
01/Disember/2024
*Sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

CARA MAKLUMAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN

Penerima yang layak akan dimaklumkan melalui :

  1. Surat makluman:
    • Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
  2. Sistem SMS:
    • Penerima yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
  3. Semakan terus melalui portal rasmi :

SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 100 SETIAP BULAN 2024

Ikuti cara-cara semakan status mykad bantuan bernilai RM100 setiap bulan seperti berikut :

  1. Sila pada pautan portal rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment