SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD RM700 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD RM700 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Kad pengenalan (MyKad) pada asalnya hanya boleh digunakan untuk pembayaran sentuh dan pergi (touch and go) di tol. Namun, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif bantuan dikreditkan ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan di kedai terpilih secara tanpa tunai (cashless).

Bagaimanakah semakan status bantuan dalam mykad rm700 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM350 FASA 3 : SEMAK SEKARANG

SENARAI KEDAI MENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Terdapat lebih 600 kedai yang terpilih boleh membuat bayaran dengan menggunakan bantuan dalam MyKad, antaranya ialah :

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • TF Mart.
  • The Store.
  • Pacific.
  • Milimewa.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Stores (Tesco).
  • Lulu Supermarket.
  • Serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

NEGERI PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM700 FASA 3 2024

Hanya negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah sahaja yang terlibat penyaluran bantuan dalam MyKad. Namun bagi penerima di negeri Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan secara tunai.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM700 FASA 3 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad adalah terhad diberikan kepada rakyat yang terdiri dari golongan yang benar-benar memerlukan sahaja dan jumlah keseluruhan penerima bantuan dalam MyKad bagi fasa ketiga (3) adalah seramai lebih 700,000 ribu penerima.

TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Apabila penerima dari Semenanjung Malaysia disahkan layak, bantuan akan terus dikreditkan ke dalam Mykad dan sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan tersebut, baki yang ada akan dibawa ke bulan seterunya sehingga tempoh yang boleh digunakan iaitu pada 31 Disember 2024 sahaja.

SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD RM700 FASA 3 2024

Ikuti cara semakan status bantuan dalam MyKad bernilai RM700 fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi ‘Semakan Status’ di pautan ini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Paparan anda akan dibuka pada halaman tersebut.
  3. Isikan ruangan [Nombor MyKad*] dengan betul tanpa – (contoh : 240229035897).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  5. Status MyKad penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

2 thoughts on “SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD RM700 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment