SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 2 2024 TELAH DIBUKA : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 2 2024 TELAH DIBUKA : CHECK SEKARANG

Seperti yang sedia maklum, bantuan STR fasa kedua akan mula disalurkan pada hari ini mengikut jumlah dan tarikh yang telah ditetapkan setiap kategori penerima. Walaubagaimanapun, pemohon perlu membuat semakan status terkini bantuan oleh kerana laman rasmi STR telahpun dibuka.

Bagaimanakah semakan status bantuan str fasa 2 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN BTR FASA 2 : CHECK SEKARANG

BERAPAKAH JUMLAH PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2024

Jumlah penerima bantuan STR fasa kedua telah dinaikkan berbanding fasa pertama. Berikut merupakan jumlah penerima bantuan STR fasa kedua mengikut kategori :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.0 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0.9 juta
Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan bawah RM5,000
1.2 juta
Bujang / Balu / Duda / Janda
yang tidak mempunyai anak
dan pendapatan bawah RM2,500
3.3 juta
*Bagaimanapun jumlah penerima akan meningkat sehingga 9 juta. Oleh kerana mengambil kira permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun.

BILAKAH TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN STR FASA 2 2024

Bantuan STR fasa kedua tahun 2024 akan dikreditkan kepada penerima mengikut tarikh seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH KREDIT
BANTUAN STR FASA 2
Mempunyai akaun bankBermula 3 hingga 9 April 2024
Tidak mempunyai akaun
bank
Bermula 3 April 2024 (Rabu)

BERAPAKAH KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2024

Kadar bayaran bantuan STR fasa kedua adalah mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN STR FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM150 hingga RM650
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
RM100 hingga RM300
(bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM150
Bujang Pendapatan
bawah RM2,500 sebulan
RM100

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 2 2024 TELAH DIBUKA

Laman rasmi MySTR LHDNM telahpun dibuka untuk semakan status bayaran fasa kedua. Ikuti cara semakan status di laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi MySTR LHDNM; atau klik pada pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran fasa 2 pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20Fasa%202%2001042024%20(Final).pdf.

Leave a Comment