SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN B40 RM1200 2024 : CHECK SEKARANG
Untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah menghadapi isu kos sara hidup yang semakin meningkat, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM700 juta khas untuk disalurkan sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dengan nilai sebanyak RM1,200 kepada setiap penerima sepanjang tahun 2024 ini.
Bagaimanakah semakan status bantuan tambahan b40 rm1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN MYSARA RM100 APRIL : CHECK SEKARANG
MANFAAT PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN B40 RM1200 2024
Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diperoleh penerima bantuan tambahan ini :
- Bantuan ini disalurkan kepada penerima yang layak tanpa membuat sebarang permohonan;
- Disalurkan secara automatik ke dalam akaun bank / kad pengenalan penerima;
- Boleh digunakan secara tanpa tunai / secara tunai untuk pembelian barangan keperluan asas;
- Disalurkan sepanjang tahun sehingga Disember 2024; dan
- Sah digunakan sehingga 31 Disember 2024.
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN TAMBAHAN B40 RM1200 2024
Bantuan tambahan B40 ini akan dilaksanakan berbeza mengikut negeri penerima seperti berikut :
- Penerima beralamat di Semenanjung Malaysia :
- Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan.
- Penerima beralamat di Sabah dan Sarawak :
- Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima / secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setiap dua kali setahun.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN B40 RM1200 2024
Penyaluran bantuan tambahan B40 sebanyak RM1,200 akan disalurkan mengikut tarikh seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Semenanjung Malaysia | 22/01/2024 01/02/2024 01/03/2024 01/04/2024 01/05/2024 01/06/2024 01/07/2024 01/08/2024 01/09/2024 01/10/2024 01/11/2024 01/12/2024 |
Sabah dan Sarawak | 19/02/2024 dan 12/08/2024 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN B40 RM1200 2024
Ikuti cara semakan status bantuan tambahan B40 bernilai RM1,200 di pautan seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Semakan Status Bantuan Tambahan B40 | https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pautan laman rasmi semakan status bantuan tambahan B40 di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Tambahan B40 (MyKasih). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.