SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH STR FASA 4 2024 : CHECK SEKARANG
Proses pembayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) fasa empat (4) akan bermula esok (07 November 2024, Khamis) dan mana-mana penerima yang tidak mempunyai sebarang maklumat perbankan atau status ‘Gagal Kredit’ boleh mula mengambil secara tunai di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagaimanakah semakan status bantuan tunai rahmah str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI STR TERBARU FASA 4 : SEMAK STATUS SEKARANG
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH STR FASA 4 2024
Semak status bayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) Fasa empat (4) di pautan laman rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Laman Rasmi Bantuan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada puatan Laman Rasmi STR di atas.
- Halaman utama Laman Rasmi STR 2024 akan dipaparkan.
- Masukkan ‘No. Kad Pengenalan‘ tanpa tanda sengkang (-) contoh : 860230114567.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Pada halaman seterusnya, klik butang [Semak].
- ‘Frasa Keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.
- Klik [Ya] sekiranya frasa tersebut adalah betul.
- Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH STR FASA 4 2024
Berikut merupakan bilangan penerima Bantuan Tunai Rahmah (STR) setiap fasa sepanjang tahun 2024 :
KATEGORI PENERIMA | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Isi Rumah B40 | 2.8 juta | 3.0 juta | 3.0 juta | 3.1 juta |
Isi Rumah M40 | 1.0 juta | 0.9 juta | 1.0 juta | 1.0 juta |
Warga Emas | 1.3 juta | 1.2 juta | 1.2 juta | 1.3 juta |
Bujang | 3.1 juta | 3.3 juta | 3.3 juta | 3.4 juta |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH STR FASA 4 2024
Bantuan Tunai Rahmah (STR) Fasa empat (4) akan dibayar mengikut jumlah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2024 |
---|---|
Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM350 |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM100 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH STR FASA 4 2024
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah (STR) adalah mengikut jadual seperti berikut :
TARIKH PERMOHONAN | TARIKH BAYARAN | FASA KELAYAKAN |
---|---|---|
01/11/2023 hingga 30/11/2023 | -29/01/2024 -03/04/2024 -29/08/2024 -07/11/2024 | Fasa 1,2,3 & 4 |
01/12/2023 hingga 29/02/2024 | -03/04/2024 -29/08/2024 -07/11/2024 | Fasa 2,3 & 4 |
01/03/2024 hingga 30/06/2024 | -29/08/2024 -07/11/2024 | Fasa 3 & 4 |
01/07/2024 hingga 30/09/2024 | 07/11/2024 | Fasa 4 |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.