SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024 : CHECK SEKARANG

Penerima bagi fasa kedua bantuan tunai STR akan bertambah sehingga 9 juta yang mana diambil kira daripada permohonan baharu dan juga kemaskini. Sehingga kini, bantuan tunai STR akan memanfaatkan 60 peratus rakyat dewasa di Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdahana.

Bagaimanakah semakan status bantuan tunai str fasa 2? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 : SEMAK SEKARANG

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024

Pembayaran bantuan tunai STR Fasa kedua akan disalurkan mengikut kadar setiap kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR
BAYARAN
PENUH STR 2024
KADAR
BAYARAN
STR FASA 1
KADAR
BAYARAN
STR FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM1,000
hingga
RM2,500
(bergantung bil. anak)
RM500
(semua)
RM150
hingga
RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM500
hingga
RM1,250
(bergantung bil. anak)
RM100
hingga
RM300
RM100
hingga
RM300
Warga Emas Tiada
Pasangan
RM600RM150RM150
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
RM350RM100RM100

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024

Bantuan tunai STR fasa kedua akan dibayar secara berperingkat mengikut tarikh seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH
BAYARAN
KAEDAH
PEMBAYARAN
Mempunyai akaun bank3 – 9 April 2024Dikreditkan terus
ke dalam akaun bank.
Tidak mempunyai akaun
bank (termasuk di Sabah
dan Sarawak)
3 April 2024Pembayaran secara
tunai di cawangan BSN.

JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024

Berikut merupakan jumlah penerima yang telah diluluskan bagi fasa kedua :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.0 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0.9 juta
Warga Emas Tiada
Pasangan
1.2 juta
Bujang Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.3 juta

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 2 2024

Walaubagaimanapun, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :

PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS MYSTR LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MySTR LHDNM di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran semasa pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kosmo.com.my/2024/04/01/str-fasa-2-dibayar-3-april-ini/.

Leave a Comment