SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 BERMULA 29 OGOS 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 BERMULA 29 OGOS 2024 : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG

Bayaran Bantuan Tunai STR bagi fasa ketiga (3) adalah bermula pada 29 Ogos 2024 (Khamis) ini dengan peruntukan implikasi kewangan sebanyak RM1.7 billion untuk manfaat seramai 8.5 juta rakyat dewasa berpendapatan rendah di Malaysia.

Bagaimanakah semakan status bantuan tunai str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH RASMI BANTUAN STR FASA 3 : CHECK STATUS SEKARANG

PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 BERMULA 29 OGOS 2024

Bagi penerima sedia ada (penerima yang telah menerima fasa pertama (Februari) dan fasa kedua (April)) akan menerima bayaran bantuan tunai STR fasa ketiga bermula pada 29 Ogos 2024 (Khamis) secara berperingkat sehingga 6 Septemer 2024 (Jumaat).

Namun, bagi penerima yang baru atau yang lulus rayuan bantuan tunai STR bagi fasa ketiga (3) akan mula menerima bayaran bantuan bermula 18 September 2024 (Rabu) secara berperingkat sehingga 20 September 2024 (Jumaat).

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 3 BERMULA 29 OGOS 2024

Bermula 29 Ogos 2024 (Khamis) 8.5 juta penerima boleh membuat semakan status di Portal Rasmi STR seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STR LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR LHDNM di atas.
  2. Isikan ruangan ‘Nombor MyKad’ mengikut format (contoh : 890230115678).
  3. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 BERMULA 29 OGOS 2024

Setiap penerima sedia ada akan menerima amaun bayaran Bantuan Tunai STR fasa ketiga (3) bermula 29 Ogos 2024 seperti berikut :

  1. Isi Rumah :
    • Penerima berpendapatan bawah RM2,500 :
      • Tiada anak : RM150.
      • 1 – 2 anak : RM300.
      • 3 – 4 anak : RM500.
      • 5 anak ke atas : RM650.
    • Penerima berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
      • Tiada anak : RM150.
      • 1 – 2 anak : RM200.
      • 3 – 4 anak : RM250.
      • 5 anak ke atas : RM300.
  2. Bujang :
    • Umur 60 tahun ke atas (warga emas) :
      • RM150.
    • Umur 21 hingga 59 tahun :
      • RM50.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 3 BERMULA 29 OGOS 2024

Terdapat dua (2) cara bayaran bantuan tunai STR fasa ketiga (3) kepada penerima, iaitu :

  1. Dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima atau pasangan;
  2. Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2024.pdf.

Leave a Comment