SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI TAMBAHAN SARA HIDUP RM150 BUJANG TERKINI 2024 : CHECK SEKARANG
Golongan bujang juga pastinya terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang sukar dibendung. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Tunai Tambahan Sara Hidup kepada golongan bujang yang bukan dari kumpulan miskin.
Bagaimanakah Semakan Status Bantuan Tunai Tambahan Sara Hidup RM150 Bujang Terkini? Ikuti info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE OFF TERBARU RM450 FASA 4 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN SARA HIDUP RM150 BUJANG 2024
Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi untuk menerima Bantuan Tunai Tambahan Sara Hidup bagi golongan bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan penerima STR 2024 BUJANG;
- Berstatus bujang / balu / janda / duda tiada anak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun; atau
- Berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas);
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
- Tiada rekod dalam pengkalan Data Kemiskinan Nasional e-Kasih.
*Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia telah melepasi syarat dan kriteria seperti di atas.
TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI TAMBAHAN SARA HIDUP RM150 BUJANG TERKINI 2024
Bantuan Tunai Tambahan Sara Hidup akan dikreditkan kepada 4.5 juta penerima yang merupakan golongan bujang bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Penerima ada akaun bank : Dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan STR; dan
- Penerima tiada akaun bank : Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
KADAR KREDIT BANTUAN TUNAI TAMBAHAN SARA HIDUP BUJANG TERKINI 2024
Kadar Bantuan Tunai Tambahan Sara Hidup yang akan dikreditkan kepada 4.5 juta penerima yang merupakan golongan bujang adalah sebanyak RM150 kepada setiap seorang secara sekaligus (one-off) melalui akaun atau tunai di kaunter BSN.
- Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun : RM150;
- Bujang Berumur 60 tahun ke atas : RM150.
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI TAMBAHAN SARA HIDUP RM150 BUJANG TERKINI 2024
Bagi golongan bujang yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Tunai Tambahan Sara Hidup, ikuti cara semakan status di bawah :
- Sila layari pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit ‘Nombor Kad Pengenalan‘ tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Pada bahagian pengesahan, klik butang [Semak].
- Sekiranya ‘Frasa Keselamatan‘ yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang telah ditetapkan dengan betul.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Log Masuk ke profile pemohon telah berjaya.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)] akan dipaparkan ‘Lulus RM150‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.