SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Kelayakan untuk menerima bantuan Mykasih yang bernilai RM100 setiap bulan telah ditentukan oleh pihak Kerajaan dan Yayasan Mykasih. Oleh kerana ia merupakan bantuan subsidi bersasar, ia disalurkan secara berperingkat setiap bulan demi memenuhi keperluan asas rakyat.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan mykasih rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM1200 TERBARU : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

SISTEM PEMBERITAHUAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024

Penerima yang disahkan layak akan diberitahu melalui sistem seperti berikut :

  1. Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman Mykasih mengikut alamat yang didaftarkan; atau
  2. Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp akan dihantar mengikut nombor telefon yang didaftarkan untuk mengesahkan status sebagai penerima di bawah program Mykasih ini; atau
  3. Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi Mykasih.

PROSEDUR PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024

Pemberian bantuan Mykasih bernilai RM100 setiap bulan adalah mengikut prosedur seperti berikut :

  1. Pemohon perlu mendaftar dan disahkan lulus oleh Mykasih;
  2. Kemudian, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan pemohon dalam sistem MyKasih untuk menyimpan elaun perbelanjaan;
  3. Pemohon akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui Kad Pengenalan;
  4. Pilih Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian pembayaran menggunakan Kad Pengenalan;
  5. Seterusnya, pemohon perlu membeli barang keperluan asas mengikut 13 kategori barangan yang diluluskan.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024

Kerajaan telah menentukan kriteria kelayakan penerima bantuan Mykasih bernilai RM100 setiap bulan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Semenanjung Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak);
  • Status berkahwin atau ibubapa tunggal;
  • Pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024

Bagaimanapun, semakan status kelayakan sebagai penerima bantuan Mykasih RM100 setiap bulan boleh disemak melalui portal rasmi Mykasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi Mykasih; atau klik di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Mykasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment