SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Nilai bantuan RM300 disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak. Bantuan ini telah diwujudkan sejak tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menamakannya sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera bertujuan untuk membantu rakyat yang kurang kemampuan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan RM300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN SECARA ONLINE PENGELUARAN KHAS KWSP RM3000 TELAH DIBENARKAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

KAEDAH AGIHAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Kerajaan Negeri Selangor akan mengagihkan bantuan yang bernilai RM300 setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) melalui aplikasi di dalam telefon bimbit penerima iaitu aplikasi e-Dompet SELANGKAH dan boleh digunakan untuk transaksi pembelian barangan keperluan asas di kedai.

SENARAI KEGUNAAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Penerima boleh menggunakan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan seperti berikut :

  1. Beras.
  2. Mi dan Bihun.
  3. Roti.
  4. Biskut.
  5. Telur.
  6. Gula dan garam.
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  8. Tepung.
  9. Minyak masak.
  10. Ubat-ubatan.
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  12. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
  13. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  14. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  15. Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  16. Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
  17. Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima bantuan RM300 setiap bulan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Bagaimanapun, semakan status kelayakan perlu disemak melalui portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  4. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  5. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment