SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024 TELAH DIBUKA : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024 TELAH DIBUKA : CHECK SEKARANG

Peruntukan khas bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan oleh Kerajaan telah dinaikkan sehingga RM1,200 berbanding sebelum ini hanya RM600 sahaja. Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM1,200 adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan sumbangan asas rahmah sara rm1200 2024 telah dibuka? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA MY KASIH RM1200 : CHECK SEKARANG

TUJUAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini disalurkan adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah untuk menampung kos perbelanjaan keperluan asas setiap bulan.

KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024

Individu yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan akan dipertimbangkan oleh Kerajaan. Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM1,200 :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024

Kerajaan telah mengambil kira data daripada e-Kasih dan JKM yang menyenaraikan jumlah yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM1,200 adalah seperti berikut :

PENERIMAJUMLAH
Penerima Miskin Tegar0.2j penerima
Penerima Miskin0.5j penerima

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024

Pembayaran untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah mengikut jadual seperti berikut :

BULANJUMLAH
Jan 2024RM100
Feb 2024RM100
Mac 2024RM100
Apr 2024RM100
Mei 2024RM100
Jun 2024RM100
Jul 2024RM100
Ogs 2024RM100
Sep 2024RM100
Okt 2024RM100
Nov 2024RM100
Dis 2024RM100
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa. Akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA RM1200 2024

Sila ikuti cara semakan status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (berkaitan Sumbangan Asas Rahmah SARA). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/.

Leave a Comment