SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 500 KWSP 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 500 KWSP 2024 : CHECK SEKARANG

Bagi membantu rakyat yang mempunyai akaun simpanan KWSP untuk menghadapi kecukupan persaraan hari tua, Kerajaan bersetuju untuk memperuntukan sebanyak RM708 juta kepada 1.4 juta penerima yang layak menerima bantuan sebanyak RM500 secara one-off ke dalam akaun 1 KWSP.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan 500 kwsp? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : REGISTER BANTUAN SARA HIDUP RM1200 : MOHON SEKARANG

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN 500 KWSP 2024

Adalah bertujuan untuk menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka. Ia sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 500 KWSP 2024

Pemberian Bantuan RM500 KWSP adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 40 hingga 55 tahun; dan
  • Mempunyai simpanan KWSP akaun 1 RM10,000 ke bawah.

KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN 500 KWSP 2024

Bantuan KWSP yang bernilai RM500 akan disalurkan secara one-off ke dalam akaun 1 KWSP. Ia membabitkan peruntukan RM708 juta kepada 1.4 juta penerima yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 500 KWSP 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan RM500 KWSP seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi KWSP; atau klik pautan KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/home.
  2. Pada halaman utama KWSP, sila pilih (Saya Ahli i-Akaun) dan klik pada butang [Log Masuk].
  3. Seterusnya, masukkan [USER ID] iaitu nombor kad pengenalan anda tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Klik butang [Next].
  5. Masukkan kata laluan dengan betul.
  6. Kemudian, klik butang [Login].
  7. Seterusnya, tekan pada [MY ACCOUNT].
  8. Maklumat penyata akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas adalah dirujuk daripada artikel Sinar Harian. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi KWSP : 03-89226000 (Masa Operasi Panggilan: Isnin – Jumaat 8.30 pagi ke 4.30 petang)

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

Leave a Comment