SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Merujuk kepada data penerima, dijangka hampir 60% rakyat dewasa di Malaysia akan menerima bantuan tunai yang disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan). Namun, pemberian ini adalah secara berperingkat dan peringkat pertama adalah untuk golongan yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan dalam mykad? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 900 MYKAD : CHECK STATUS SEKARANG

AMAUN KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Pengkreditan bantuan tunai dalam Mykad adalah mengikut amaun setiap kategori yang ditetapkan seperti berikut :

KATEGORI
MISKIN TEGAR
KATEGORI
MISKIN E-KASIH
KATEGORI
ASAS BUKAN
MISKIN
ISI RUMAH
RM1,200
ISI RUMAH
RM1,200
ISI RUMAH
RM300
WARGA EMAS
RM1,200
WARGA EMAS
RM1,200
WARGA EMAS
RM150
BUJANG
RM600
BUJANG
RM600
BUJANG
RM150

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Pengkreditan bantuan ke dalam Mykad adalah sebanyak RM100 / RM50 setiap bulan kepada penerima dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar bermula pada 22 Januari 2024 sehingga 1 Disember 2024. Namun, untuk penerima dalam kategori Asas Bukan Miskin akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Pemberian bantuan tunai ke dalam Mykad adalah terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat di Semenanjung Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak);
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM MYKAD

Penerima boleh menggunakan bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad seperti berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk senarai kedai berhampiran anda di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list.)
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan yang diluluskan atau pembelian melebihi baki semasa dalam kad pengenalan perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2024

Pemohon perlu membuat semakan status melalui pautan rasmi seperti berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN STATUS
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan laman rasmi semakan status di atas.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status anda akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment