SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024 : CHECK SEKARANG

Setelah status penerima disahkan, akaun akan dibuka berdasarkan nombor Mykad (kad pengenalan) yang didaftarkan. Elaun bantuan akan disumbangkan menerusi Mykad secara ansur setiap bulan dengan jumlah sebanyak RM1,200.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan Mykad 1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN MYKAD 2024

Bantuan Mykad adalah di bawah program MyKasih merupakan salah satu inisiatif bantuan yang disalurkan daripada hasil penjimatan subsidi bersasar sepanjang tahun. Bantuan akan disalurkan ke dalam Mykad penerima sebulan sekali bagi memenuhi keperluan asas bulanan.

BERAPAKAH JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Jumlah penerima bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad telah diperluaskan sehingga melebihi 700,000 ribu penerima berbanding sebelum ini hanya diberikan kepada 210,000 sahaja. Ia menjadikan peningkatan peruntukan sehingga lima (5) kali ganda bagi tahun ini.

BILAKAH PENYALURAN BANTUAN MYKAD 1200 2024

Penyaluran bantuan yang berjumlah RM1,200 ke dalam Mykad penerima adalah secara ansur sebulan sekali sebanyak RM100 selama tempoh 12 bulan bermula pada 22 Januari 2024 dan setiap 1 hari bulan Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan akhir sekali 1 Disember 2024.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024

Bantuan berjumlah RM1,200 yang disalurkan ke dalam Mykad adalah terhad kepada yang berkelayakan seperti :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir atau menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Berumur 21 tahun ke atas;
  • Berpasangan atau ibubapa tunggal;
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM2,500 ke bawah;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024; dan
  • Berdaftar di bawah pengkalan data e-Kasih sebagai penerima miskin.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 1200 2024

Bagaimanapun untuk mengetahui status kelayakan, pemohon boleh membuat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan status rasmi di pautan ini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment