SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Di bawah program MyKasih, terdapat juga bantuan yang disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad dan setiap kategori akan menerima amaun yang berbeza mengikut kelayakan. Ia merupakan sebuah inisiatif yang dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya hanya dengan MyKad sahaja.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan MyKad RM600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM400 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD RM600 2024
Pelaksanaan bantuan yang disalurkan menerusi MyKad adalah mengikut tempoh yang ditetapkan setiap negeri seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TEMPOH PELAKSANAAN |
---|---|
Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu | Bermula 22 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 |
Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor | Bermula 29 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 |
PROSEDUR PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD 2024
Berikut merupakan prosedur pelaksanaan bantuan melalui MyKad penerima :
- Setelah penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor MyKad penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
KADAR PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM600 2024
Penyaluran bantuan bernilai RM600 ke dalam Mykad penerima adalah mengikut kadar yang ditetapkan setiap bulan seperti jadual berikut :
BIL. | TARIKH PENYALURAN | KADAR BANTUAN YANG DITERIMA |
---|---|---|
1. | 22 & 29 Januari 2024 | RM50 |
2. | 01Februari 2024 | RM50 |
3. | 01Mac 2024 | RM50 |
4. | 01April 2024 | RM50 |
5. | 01Mei 2024 | RM50 |
6. | 01Jun 2024 | RM50 |
7. | 01Julai 2024 | RM50 |
8. | 01 Ogos 2024 | RM50 |
9. | 01September 2024 | RM50 |
10. | 01 Oktober 2024 | RM50 |
11. | 01November 2024 | RM50 |
12. | 01 Disember 2024 | RM50 |
= RM600 |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024
Bantuan yang bernilai RM600 disalurkan ke dalam MyKad, terhad kepada yang berkelayakan :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di negeri-negeri Semenanjung Malaysia;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Status Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak;
- Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Bujang; dan
- Mempunyai data dalam e-Kasih sebagai penerima Miskin.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024
Semakan status adalah melalui portal rasmi MyKasih. Ikuti cara semakan status penerima bantuan MyKad seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH (Bantuan MyKad). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: [email protected].
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.