SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024 : CHECK SEKARANG

Pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat adalah untuk memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya. Inisiatif penyaluran bantuan ke dalam Mykad dapat dipuji kerana ia satu inisiatif yang berkesan.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan mykad terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH RM1200 TERBARU : SEMAK STATUS SEKARANG

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024

Jika sebelum ini Kerajaan telah menghadkan pemberian kepada kategori miskin tegar sahaja, namun kini Kerajaan telah meluaskan pemberian kepada dua kategori dewasa lain iaitu kategori miskin serdehana dan juga asas bukan miskin yang diambil data daripada pengkalan data eKasih dan penerima STR.

AMAUN BANTUAN MYKAD TERBARU 2024

Setiap penerima akan menerima amaun bantuan dalam Mykad yang berbeza mengikut kelayakan kategori seperti berikut :

  1. KATEGORI MISKIN TEGAR :
    • Isi Rumah Miskin Tegar akan menerima RM1,200;
    • Warga Emas Miskin Tegar akan menerima RM1,200; dan
    • Bujang Miskin Tegar / Bujang OKU akan menerima RM600.
  2. KATEGORI MISKIN SERDEHANA :
    • Isi Rumah Miskin Serdehana akan menerima RM1,200;
    • Warga Emas Miskin Serdehana juga akan menerima RM1,200;
    • Manakala Bujang Miskin Serdehana akan menerima RM600.
  3. KATEGORI ASAS BUKAN MISKIN :
    • Isi Rumah Asas Bukan Miskin akan menerima RM300;
    • Bagi Warga Emas Asas Bukan Miskin pula akan menerima RM150;
    • Begitu juga Bujang Asas Bukan Miskin akan menerima RM150.

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD TERBARU 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad adalah khas untuk penerima membeli barangan keperluan asas seperti senarai berikut :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.
  11. Produk kebersihan.
  12. Ubat-ubatan.
  13. Barangan persekolahan.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024

Untuk semakan status, perlu disemak melalui laman rasmi bantuan seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status penerima terbaru akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA (Bantuan Dalam Mykad). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment