SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024 : CHECK SEKARANG

Antara usaha kerajaan untuk membantu mengangkat taraf ekonomi rakyat terutamanya yang kurang kemampuan adalah melalui penyaluran bantuan Mykasih. Peruntukan bagi bantuan Mykasih juga telah dinaikkan sehingga RM1,200 berbanding sebelum ini hanya RM600 sahaja.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan Mykasih 1200? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM800 : CHECK STATUS SEKARANG

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Bantuan Mykasih yang bernilai RM1,200 disalurkan khusus kepada dua (2) kategori seperti berikut :

  • Isi Rumah :
    • Berpasangan / ibubapa tunggal;
    • Mempunyai tanggungan;
    • Had umur 21 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan.
  • Bujang :
    • Belum berkahwin / duda / janda;
    • Tidak mempunyai tanggungan;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas); dan
    • Pendapatan individu RM2,500 ke bawah.

CARA PENYAMPAIAN BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Terdapat dua (2) cara penyampaian bantuan Mykasih kepada penerima, iaitu :

  • Penerima di Semenanjung Malaysia :
    • Secara ansur setiap bulan tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima.
  • Penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan :
    • Secara tunai dua (2) kali ansur melalui kad bank atau di BSN.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Penerimaan bantuan Mykasih yang bernilai RM1,200 adalah secara berperingkat mengikut negeri penerima seperti tarikh berikut :

  • Semenanjung Malaysia :
    • Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu :
      • Setiap bulan bermula 22 Januari 2024 dan bulan seterusnya bermula 1 hari bulan sehingga pada 1 Disember 2024.
    • Perak, Perlis, Pahang, Melaka dan Johor :
      • Setiap bulan bermula 29 Januari 2024 dan bulan seterusnya bermula 1 hari bulan sehingga pada 1 Disember 2024.
  • Sabah, Sarawak dan Labuan :
    • Dua (2) kali iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 1200 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan Mykasih bernilai RM1,200 di portal rasmi Mykasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment