SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024 : CHECK SEKARANG
Secara umumnya, bantuan Mykasih disalurkan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kadar bantuan Mykasih adalah berbeza diberikan mengikut kategori penerima dan kadar bantuan bernilai RM300 ini adalah khas untuk kategori bujang yang berpendapatan rendah.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan mykad 300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN STR FASA 2 : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 300 2024
Bantuan MyKasih akan disalurkan kepada penerima mengikut tarikh seperti berikut :
PERKARA | TARIKH | JUMLAH |
---|---|---|
Penyaluran pertama bantuan Mykasih | 19 Februari 2024 | RM300 |
Penyaluran kedua bantuan Mykasih | 12 Ogos 2024 | RM300 |
CARA PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 300 2024
Penyaluran bantuan Mykasih adalah dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan. Namun, bagi pemohon yang tidak memiliki sebarang maklumat akaun bank akan diberikan secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024
Penerima haruslah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun;
- Status bujang / balu / duda / janda yang tidak mempunyai anak;
- Pendapatan individu kurang daripada RM2,500 sebulan;
- Beralamat dan menetap di Sabah atau Sarawak;
- Berdaftar sebagai penerima miskin atau miskin tegar; dan
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024.
CARA MAKLUMAN PENERIMA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024
Pemohon yang disahkan layak akan menerima makluman pemberitahuan bantuan Mykasih seperti berikut :
BIL. | CARA MAKLUMAN | KETERANGAN |
---|---|---|
1. | Pengiriman Surat | Sesetengah penerima akan menerima surat pemakluman kelayakan menerima Bantuan MyKasih. |
2. | Melalui Pesanan Ringkas (SMS / Whatsapp) | Akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status kelayakan menerima Bantuan MyKasih. |
3. | Semakan Status di Portal Rasmi MyKasih | Sekiranya tidak menerima pemakluman di atas, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan Mykasih. |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH 300 2024
Sekiranya pemohon tidak menerima apa-apa pemakluman, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila klik portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.