SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM150 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG
Setelah penerima bantuan MyKasih bagi fasa pertama (1) dan yang kedua (2) telah menerima bantuan, penerima yang sama juga akan menerima bantuan untuk fasa ketiga (3) juga dengan kadar amaun yang ditetapkan bagi setiap kategori.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan mykasih rm150 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM600 FASA 3 : CHECK SEKARANG
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM150 FASA 3 2024
Berikut merupakan kategori penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih bagi fasa ke tiga (3) :
BIL. | KATEGORI PENERIMA |
---|---|
1. | Isi Rumah Berpasangan |
2. | Isi Rumah Tunggal |
3. | Bujang Belia |
4. | Bujang Warga Emas |
KADAR PENYALURAN SETIAP PENERIMA BANTUAN MYKASIH FASA 3 2024
Setiap penerima akan disalurkan mengikut kadar bantuan iaitu sebanyak :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan | RM100 |
Isi Rumah Tunggal | RM100 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN |
---|---|
Bujang Belia | RM50 |
Bujang Warga Emas | RM100 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH FASA 3 2024
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan Kad Pengenalan penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM150 FASA 3 2024
Ikuti cara semakan status penerima bantuan MyKasih fasa ketiga (3) seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama Portal MyKasih.
- Klik pada [SEMAK STATUS] di halaman tersebut.
- Kemudian, isikan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘Nombor MyKad*’.
- Klik pula pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Hotline MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
- https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.