SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 APRIL 2024 : CHECK SEKARANG

Oleh kerana harga barangan yang semakin meningkat naik, Kerajaan turut menyumbangkan bantuan khas untuk pembelian barangan dapur berjumlah RM100 bagi persediaan menyambut hari raya dan disalurkan khas kepada golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan pada awal bulan April ini.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan pembelian barangan dapur rm100? Ikuti penerangan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 : CHECK SEKARANG

SENARAI BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 APRIL 2024

Berikut merupakan senarai barangan dapur yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.

*Nota : Barangan di atas akan dilabel pada tanda harga di rak kedai terpilih untuk rujukan penerima bantuan.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 APRIL 2024

Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

PERKARATARIKH PENYALURAN
Bantuan Pembelian Barangan
Dapur RM100
Bermula 1 April 2024 (Isnin)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 APRIL 2024

Penyaluran bantuan RM100 untuk pembelian barangan dapur adalah seperti berikut :

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN RM100
Dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima sahaja
dan khas untuk pembelian barangan dapur
dengan bayaran menggunakan Mykad.

LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN DAPUR DENGAN BANTUAN

Berikut merupakan langkah-langkah pembelian barangan dapur dengan menggunakan bantuan RM100 :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (RUJUK KEDAI BERHAMPIRAN ANDA DI SINI).
  2. Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan resit untuk semakan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN DAPUR RM100 APRIL 2024

Ikuti cara semakan status penerima yang layak menerima bantuan RM100 untuk pembelian barangan dapur pada bulan April 2024 di pautan berikut :

  1. Sila klik pautan laman rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  3. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Tekan butang [Semak Status].
  5. Status nama penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment