SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 DALAM MYKAD JUN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 DALAM MYKAD JUN 2024 : CHECK SEKARANG

Oleh kerana sambutan yang baik daripada penerima yang lalu, bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima masih diteruskan sehingga pada bulan Jun ini. Setiap penerima akan menerima bantuan bernilai RM100 di dalam MyKad.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan RM100 dalam Mykad bulan Jun? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN B40 RM100 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM100 DALAM MYKAD JUN 2024

Penerima yang layak akan menerima bantuan RM100 di dalam MyKad mengikut tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH
Tarikh Penerimaan
Bantuan RM100 dalam MyKad
Bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu)

SENARAI PENERIMA BANTUAN RM100 DALAM MYKAD JUN 2024

Terdapat tiga (3) kategori penerima bantuan dalam MyKad pada bulan Jun ini, iaitu :

  1. Ketua Isi Rumah Miskin / Miskin Tegar;
  2. Warga Emas (Bujang) Miskin / Miskin Tegar; dan
  3. Isi Rumah Bujang Miskin / Miskin Tegar.

KEGUNAAN BANTUAN RM100 DALAM MYKAD JUN 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad boleh digunakan untuk :

BIL.KEGUNAANJENIS-JENIS
1.Pembelian Barangan
Keperluan Asas Dapur
Beras, roti, telur, minyak masak, tepung,
biskut, mi segera, minuman, makanan
dalam tin, bahan perasa.
2.Pembelian Barangan
Pendidikan
Peralatan sekolah, kasut, baju.
3.Pembelian Lain-lain
Barangan
Produk kebersihan, sabun, shampoo,
ubat gigi dan ubat-ubatan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 DALAM MYKAD JUN 2024

Ikuti cara semakan status penerima bantuan RM100 dalam MyKad pada bulan Jun seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Anda akan dibawa ke bahagian semakan status.
  3. Klik pada ruang No.MyKad dan masukkan Nombor MyKad tanpa – (contoh : 84XXXXXXXXXX).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN ASAS RAHMAH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment