SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 MYKASIH JUN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 MYKASIH JUN 2024 : CHECK SEKARANG

Hanya penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja yang bakal menikmati manfaat bantuan Mykasih bagi bulan Jun ini. Oleh kerana, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM700 juta bantuan Mykasih yang khusus kepada 700,000 penerima di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan rm100 mykasih bulan jun? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JUN : CHECK SEKARANG

KRITERIA PENERIMA BANTUAN RM100 MYKASIH JUN 2024

Bantuan bernilai RM100 Mykasih bagi bulan Jun disalurkan khas kepada yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat di Semenanjung Malaysia (kecuali Sabah dan Sarawak);
  • Status berkeluarga / ibubapa tunggal;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan tidak lebih RM2,500 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024;
  • Berdaftar e-Kasih sebagai rakyat Miskin.

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN RM100 MYKASIH JUN 2024

Lebih 700,000 penerima yang telah disahkan layak akan menerima bantuan Mykasih yang bernilai RM100 bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu) secara berperingkat sehingga selesai mengikut kelayakan. Bantuan bernilai RM100 dikreditkan terus secara automatik kepada penerima dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

CARA MENGETAHUI STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 MYKASIH JUN 2024

Status penerima bantuan MyKasih bernilai RM100 bagi bulan Jun ini akan dimaklumkan mengikut cara seperti berikut :

  1. Surat Mykasih :
    • Sesetengah pemohon yang mendaftar menggunakan alamat bakal menerima surat daripada Mykasih yang mengesahkan kelayakan penerima bantuan; atau
  2. SMS Mykasih :
    • Pesanan ringkas SMS akan dihantar oleh MyKasih mengikut nombor telefon yang didaftarkan untuk pengesahan kelayakan penerima bantuan; atau
  3. Portal Rasmi Mykasih :
    • Sekiranya tiada sebarang surat atau SMS, semakan boleh dibuat pada Portal Rasmi MyKasih.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM100 MYKASIH JUN 2024

Untuk mengetahui status kelayakan penerima bantuan MyKasih bagi bulan Jun, ikuti cara semakan di portal rasmi Mykasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment