SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM1200 BULANAN MYKASIH 2024 : CHECK SEKARANG
Sebagai elaun bulanan untuk rakyat menampung keperluan asas yang diperlukan, bantuan berjumlah sebanyak RM1,200 disalurkan melalui MyKasih. Dengan jumlah tersebut, Kerajaan yakin ia dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan rm1200 bulanan mykasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN : SEMAK STATUS SEKARANG
BILANGAN PENERIMA BANTUAN RM1200 BULANAN MYKASIH 2024
Penerima bantuan MyKasih yang bernilai RM1,200 secara bulanan adalah semakin bertambah bilangan sehingga lima kali ganda berbanding sebelum ini hanya khusus kepada 0.2 juta,namun ia telah ditambah seramai 0.5 juta dan menjadikan ia seramai 0.7 juta rakyat Malaysia yang layak.
PROSES PENERIMAAN BANTUAN RM1200 BULANAN MYKASIH 2024
Berikut merupakan proses penerimaan bantuan Mykasih RM1,200 secara bulanan :
- Pemohon perlu mendaftar dan disahkan lulus oleh Kerajaan;
- Kemudian, akaun untuk simpanan bantuan akan dibuka berdasarkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ pemohon;
- Pemohon akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 melalui Kad Pengenalan;
- Kemudian, pemohon perlu memilih Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian pembayaran menggunakan Kad Pengenalan;
- Seterusnya, pemohon perlu membeli barang keperluan asas mengikut 13 kategori barangan yang diluluskan.
STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM1200 BULANAN MYKASIH 2024
Berikut merupakan status kelayakan untuk penerima bantuan Mykasih bernilai RM1,200 :
- Warganegara Malaysia; dan
- Tinggal di Semenanjung Malaysia;
- Isi Rumah berkeluarga (mempunyai tanggungan);
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024; dan
- Berdaftar sebagai rakyat Miskin di bawah e-Kasih.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM1200 BULANAN MYKASIH 2024
Ikuti cara semakan status penerima bantuan RM1,200 di portal rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Mykasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.