SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM600 UNTUK B40 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM600 UNTUK B40 2024 : CHECK SEKARANG

Tidak hanya terhad diberikan kepada golongan yang berkeluarga, namun kerajaan juga turut memberikan perhatian kepada golongan bujang khususnya yang berpendapatan rendah bawah 40% (B40) untuk menghadapi isu peningkatan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan sebanyak RM600.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan rm600 untuk b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RM1200 UNTUK B40 : SEMAK PENERIMA SEKARANG

BILAKAH PENERIMAAN BANTUAN RM600 UNTUK B40 2024

Penerima dari kumpulan berpendapatan rendah B40 akan menerima bantuan yang bernilai RM600 secara ansur dua (2) kali mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu bermula pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan bayaran akhir pada 12 Ogos 2024 (Isnin).

BAGAIMANAKAH PENERIMAAN BANTUAN RM600 UNTUK B40 2024

Penerima B40 yang disahkan layak akan menerima bantuan tunai bernilai RM600 melalui kaedah seperti berikut :

  • Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
  • Penerimaan terus dalam akaun bank pemohon.

APAKAH STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM600 UNTUK B40 2024

Bantuan RM600 disalurkan khusus kepada B40 yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan menetap di Sabah, Sarawak atau Labuan;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun;
  • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Bujang; dan
  • Berdaftar dengan e-kasih sebagai penerima Miskin.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM600 UNTUK B40 2024

Bagaimanapun, semakan status kelayakan penerima boleh disemak melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan status rasmi di pautan ini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment