SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 1 BUJANG 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 1 BUJANG 2024 : CHECK SEKARANG

Seramai 3.1 juta penerima dalam kategori bujang yang berumur 21 hingga 59 tahun layak menerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bagi tahun 2024 dengan kadar yang telah ditetapkan kepada setiap penerima yang layak dan berstatus lulus STR.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan str fasa 1 bujang? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 : SEMAK STATUS SEKARANG

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN STR FASA 1 BUJANG 2024

Pengkreditan Bantuan STR Fasa 1 bagi tahun 2024 telah diumumkan mengikut tarikh seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH
PENGKREDITAN
KAEDAH
PENGKREDITAN
Mempunyai akaun bank29 Januari 2024 –
2 Februari 2024
Dikreditkan terus ke
dalam akaun bank
penerima.
Tiada akaun bank (termasuk
penerima Sabah & Sarawak)
Bermula
29 Januari 2024
Pengkreditan secara
tunai melalui cawangan
Bank Simpanan Nasional
(BSN) seluruh Malaysia.

JUMLAH BANTUAN STR BUJANG 2024

Kategori Bujang yang memenuhi syarat kelayakan serta berstatus lulus STR, akan layak menerima bantuan STR serta layak menerima bantuan SARA seperti jumlah berikut :

SENARAI BANTUANJUMLAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)RM350
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)-RM600 (Bujang berstatus
miskin / miskin tegar).
-RM150 (Bujang bukan
miskin / miskin tegar).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 BUJANG 2024

Berikut merupakan jumlah bayaran STR fasa 1 bagi tahun 2024 kepada kategori Bujang seperti di bawah :

PERKARAJUMLAH
Bayaran STR Fasa 1 BujangRM100

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 1 BUJANG 2024

Untuk semakan status hendaklah disemak melalui Portal Rasmi MySTR LHDNM seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

1 thought on “SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 1 BUJANG 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment