SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

STR atau nama rasminya ialah Sumbangan Tunai Rahmah yang disalurkan secara berperingkat dan berfasa melalui empat (4) fasa sepanjang setahun pemberian. Namun, kerajaan turut menambah pemberian bantuan kepada penerima STR iaitu bantuan tambahan sebanyak RM100 yang disalurkan setiap bulan sepanjang setahun.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tambahan str 100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih terperinci di sini.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET 300 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN

Bantuan tambahan STR ialah diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya seluruh Malaysia dengan menggunakan MyKad sahaja.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN 2024

Kelayakan penerima bantuan tambahan STR RM100 setiap bulan adalah terhad kepada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN 2024

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan bermula 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya bermula Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga bayaran akhir pada 1 Disember 2024.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN 2024

Untuk semakan status penerima, boleh disemak melalui dua (2) portal rasmi yang berbeza seperti berikut :

  • SEMAKAN STATUS DI PORTAL RASMI MySTR LHDNM :
PAUTAN PORTAL RASMI MySTR LHDNM
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di atas.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • SEMAKAN STATUS DI PORTAL RASMI MYKASIH :
PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
  1. Sila klik pautan Portal Rasmi Mykasih di atas.
  2. Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Tekan butang [Semak Status].
  6. Status anda akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
    • E-mel : [email protected]
  • SARA :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Risalah/Risalah%20STR%202024.pdf dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment