SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH B40 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Belanjawan 2024 yang dibentangkan telah menyatakan bahawa hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia terutamanya golongan B40 yang layak menerima Bantuan Tunai Rahmah sepanjang tahun ini dengan kadar yang ditetapkan berlainan setiap penerima.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai rahmah b40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM2500 : SEMAK SEKARANG
KADAR BANTUAN TUNAI RAHMAH B40 2024
Setiap kategori akan menerima kadar bantuan yang berbeza seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KATEGORI PENDAPATAN | KADAR BANTUAN TUNAI | KADAR BANTUAN TUNAI TAMBAHAN |
---|---|---|
RM2,500 ke bawah | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | RM1,200 |
RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | RM300 |
- Kategori Warga Emas :
KATEGORI PENDAPATAN | KADAR BANTUAN TUNAI | KADAR BANTUAN TUNAI TAMBAHAN |
---|---|---|
RM2,500 ke bawah | RM600 | RM1,200 |
RM2,501 – RM5,000 | RM600 | RM150 |
- Kategori Bujang :
KATEGORI PENDAPATAN | KADAR BANTUAN TUNAI | KADAR BANTUAN TUNAI TAMBAHAN |
---|---|---|
RM2,500 ke bawah | RM350 | RM600 |
RM2,500 ke atas | RM350 | RM150 |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI RAHMAH B40 2024
Pengkreditan bantuan tunai rahmah mengikut tarikh seperti berikut :
TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI | TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI TAMBAHAN |
---|---|
Secara ansur selama empat (4) fasa iaitu pada bulan Februari, April, Ogos dan November 2024 | Di Semenanjung adalah setiap bulan selama 12 bulan, manakala di Sabah dan Sarawak pula dua kali setahun pada bulan Februari dan Ogos 2024 |
CARA MAKLUMAN KEPADA PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH B40 2024
Setiap penerima akan menerima makluman dengan cara yang berbeza seperti berikut :
CARA MAKLUMAN | KETERANGAN |
---|---|
Surat Pemakluman | Surat pengesahan kelayakan penerima Bantuan Tunai Rahmah akan dihantar kepada alamat yang didaftarkan penerima. |
Pesanan Ringkas SMS / Aplikasi WhatsApp | Teks pesanan ringkas SMS / WhatsApp akan dihantar kepada nombor telefon penerima yang didaftarkan. |
Semakan melalui laman rasmi | Sekiranya tidak menerima apa-apa pemakluman, sila semak di laman rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus. |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH B40 2024
Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Tunai Rahmah seperti berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi semakan status bantuan di atas.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.