SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 2024 : CHECK SEKARANG
Cabaran peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat Malaysia amat dipertimbangkan oleh Kerajaan. Oleh itu, Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan tunai termasuk bantuan bernilai RM600 disalurkan untuk membantu meringankan bebanan yang dihadapi.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN : SEMAK SEKARANG
TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI RM600 2024
Pengkreditan bantuan tunai sebanyak RM600 bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :
TARIKH PENGKREDITAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
19/02/2024 (Isnin) | RM600 |
12/08/2024 (Isnin) | RM600 |
KAEDAH KREDIT BANTUAN TUNAI RM600 2024
Pengkreditan bantuan tunai ini adalah melalui dua (2) kaedah iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon yang didaftarkan; atau
- Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
- Tiada maklumat perbankan; atau
- Status gagal kredit.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 2024
Bantuan tunai ini disalurkan khas untuk membantu rakyat yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan menetap di Sabah atau Sarawak;
- Berumur 21 tahun dan ke atas;
- Status berkeluarga atau ibubapa tunggal;
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Berdaftar sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar eKasih; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM600 2024
Bagaimanapun, pemohon boleh membuat semakan status kelayakan menerima bantuan tunai sebanyak RM600 bagi tahun ini di pautan berikut :
- Sila layari laman rasmi semakan status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Kemudian, pemohon akan dibawa ke halaman semakan status.
- Sila masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status kelayakan pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib berikut :
- Talian Pertanyaan Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.