SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024 : CHECK SEKARANG

Penjimatan subsidi yang disasarkan semula oleh kerajaan pada tahun ini dengan pungutan lebihan hasil tersebut dapat diberikan bantuan tunai kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan serdehana secara berfasa sepanjang tahun.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai rm650 fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM900 FASA 3 : CHECK SEKARANG

BILAKAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024

Bantuan tunai bagi fasa 3 telahpun selesai dibayar kepada penerima yang sedia ada (sejak dari fasa 1) pada 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024 yang lalu. Kini adalah pembayaran bantuan tunai fasa 3 kepada penerima yang baharu iaitu pada 18 September 2024 hingga 20 September 2024.

JENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
BANTUAN TUNAI FASA 3
Penerima LamaBermula 29 Ogos 2024
hingga 6 September 2024
Penerima BaharuBermula 18 September 2024
hingga 20 September 2024

BILAKAH WAKTU BAYARAN BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024

Waktu bayaran Bantuan Tunai RM650 bagi fasa 3 adalah mengikut jenis bank penerima seperti berikut :

BIL.JENIS BANK PENERIMAWAKTU BAYARAN
1.BSN Bank
Simpanan Nasional
Selepas 6 petang
2.Bank RakyatSelepas 6 petang
3.Bank IslamSelepas 8 malam
4.Affin BankSelepas 8 malam
5.AmbankSelepas 8 malam
6.MaybankSelepas 9 malam
7.Cimb BankSelepas 9 malam
8.RHB BankSelepas 9 malam
9.Bank MuamalatSelepas 10 malam

BAGAIMANAKAH PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024

Penerima akan menerima bayaran Bantuan Tunai dalam akaun yang didaftarkan atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya tiada akaun bank yang aktif (mengikut jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN BANTUAN TUNAI
Ada akaun bankDibayar mengikut akaun yang didaftarkan
Tiada akaun bankDibayar secara tunai di kaunter bank

PORTAL SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI FASA 3 2024

Untuk mengetahui status penerima Bantuan Tunai hanya boleh disemak melalui pautan portal di bawah :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi Bantuan Tunaihttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM650 FASA 3 2024

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan Tunai RM650 bagi fasa 3 seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai di atas.
  2. masukkan nombor Mykad tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Tunai. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.

Leave a Comment