SEMAKAN STATUS STR (FASA 3 2024)

SEMAKAN STATUS STR (FASA 3 2024)

STR atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai yang diberikan khas kepada 60% rakyat dewasa di Malaysia termasuk golongan bujang, isi rumah dan juga warga emas yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Bagaimanakah semakan status str? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN TERBARU BANTUAN SARA HIDUP DALAM MYKAD RM450 SETIAP BULAN : MOHON SEKARANG

CARA KREDIT BANTUAN STR FASA 3 2024

Pengkreditan bantuan STR adalah melalui dua (2) cara, iaitu :

  1. Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkarn; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya :
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Maklumat bank tidak lengkap; atau
    • Tiada akaun bank.

JUMLAH KREDIT BANTUAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan anggaran jumlah bantuan STR yang akan dikreditkan bagi fasa tiga (3) :

BIL.KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT BANTUAN
1.Isi RumahB40 : RM150 hingga RM650
M40 : RM150 hingga RM300
(bergantung bilangan anak)
2.Warga EmasRM150
3.BujangRM50

TARIKH KREDIT BANTUAN STR 2024

Seperti yang diketahui bantuan STR akan dikreditkan secara berperingkat mengikut fasa seperti jadual berikut :

FASA BANTUAN STRTARIKH KREDIT
Pertama (1)Februari 2024
Kedua (2)April 2024
Ketiga (3)Ogos 2024
Keempat (4)November 2024
*Nota : Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS STR

Ikuti cara semakan status bantuan STR bagi fasa tiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status penerima fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.

Leave a Comment